Cabar Nur Jazlan tanding Pulai - Utusan Malaysia

Cabar Nur Jazlan tanding Pulai

OSMAN SAPIAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: ‘Perang mulut’ antara pemimpin Perikatan Nasional (PN) negeri kian memuncak apabila bekas Menteri
Besar, Datuk Osman Sapian mencabar Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed bertanding di kerusi Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Osman berkata, cabaran itu dibuat ekoran beberapa kenyataan Nur Jazlan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) sebelum ini termasuk menyifatkan kehadiran parti itu seperti ‘sekadar melukut di tepi gantang’.

“Saya cabar dia kalau hendak bertanding lawan saya, saya bertanding lawan dia. Insya-Allah saya boleh menang.
Bertanding atas tiket parti apa? Itu tidak kiralah.

“Orang politik ini biasalah kalau dah berhenti lama, dia meroyan. Sebab dia pernah jadi timbalan menteri, Pengerusi Jawatankuasa KiraKira Wang Negara (PAC) dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan.

“Sekarang dia tidak mempunyai apa-apa jawatan, sebab itu meroyan sampai hendak pilihan raya cepat,” katanya selepas majlis serahan sumbangan Aidiladha dan lembu korban di sini, semalam.

Beliau mengulas kenya taan Nur Jazlan terhadap Bersatu Johor dengan menyatakan hubungan UMNO dengan parti itu rapuh terutama melibatkan formula agihan kerusi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu juga menjangkakan Nur Jazlan akan kalah sekali lagi jika mencuba nasib di kerusi Parlimen Pulai berdasarkan jumlah undi diterimanya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Dulu dia kalah majoriti lebih 20,000 undi kepada penyandang Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub. Malah ketika pilihan raya sebelum itu, dia hanya menang lebih 3,000 undi sahaja.

“Berkenaan dia cakap Bersatu macam melukut di tepi gantang, saya nak jawab, sebenarnya ahli dan jentera kita lagi
ramai daripada UMNO,” katanya yang juga Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya