Terpilih sertai BRAVE persediaan Gading Kencana untuk penyenaraian awam

Terpilih sertai BRAVE persediaan Gading Kencana untuk penyenaraian awam

Gading Kencana
Ir Guntor Tobeng (dua dari kana) menunjukkan trofi Best ESG Commitment Award pada sesi ‘Demo Day & Networking Dinner 2026’ SME Corp di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gading Kencana Sdn. Bhd. terpilih antara 14 syarikat bumiputera yang telah disenarai pendek untuk penyenaraian di Bursa Malaysia di bawah program Bumiputra Rapid Acceleration Value Enhancement (BRAVE).

Program itu bertujuan menyediakan syarikat-syarikat bumiputera berpotensi untuk menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO) bagi disenaraikan di Bursa Malaysia.

Pengarah Urusan Gading Kencana, Datuk Ir Guntor Tobeng berkata, syarikatnya terpilih sebagai syarikat BRAVE kerana mempunyai polisi yang jelas dan berkesan berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Sebanyak 14 syarikat telah disenarai pendek untuk persediaan ke IPO di bawah BRAVE dan Gading Kencana antara yang terpilih.

“Kami bersyukur kerana melalui BRAVE kami telah diberikan banyak pengetahuan dan bimbingan penting dalam membuat persiapan serta keputusan ke IPO,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi ‘Demo Day & Networking Dinner 2026’ anjuran Securities Industry Development Corporation (SIDC) selaku Rakan Pelaksana SME Corp. Malaysia bagi program BRAVE.

Sempena majlis itu turut disampaikan empat anugerah kepada syarikat terpilih iaitu ‘Most Promising Growth Award’, ‘Best ESG Commitment Award’, ‘IPO Readiness Potential Award’ dan ‘Best Impactful Pitch Award’.

Anugerah itu telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp., Rizal Nainy.

Yang turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif SIDC, Tengku Zarina Tengku Chik.

Gading Kencana telah dianugerahkan  dengan ‘Best ESG Commitment Award’.

Menurut Guntor, melalui BRAVE syarikat yang terbabit telah melalui pelbagai program latihan dan persediaan untuk penyenaraian di pasaran saham.

“Di sini kita berpeluang berjumpa dengan bank pelaburan, pemilik ekuiti, investment banker, modal teroka dan semua pemegang taruh dalam rantaian nilai IPO,” jelasnya.

Katanya, hasil daripada bimbingan BRAVE itu, Gading Kencana telah merancang untuk menerbitkan IPO bagi penyenaraian awam di Bursa Malaysia pada suku keempat tahun 2027.

“Banyak persediaan yang perlu dibuat dan kami komited untuk mengembangkan perniagaan dalam industri peralihan tenaga serta merebut peluang dalam pasaran modal Malaysia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN