KANGAR: Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM) terus mengambil pendekatan menyatuni rakyat di kampung-kampung.
Memuatkan artikel berkaitan…
Timbalan Dekan GSGSG UUM, Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis meluangkan masa menziarahi dan menyantuni keluarga Allahyarhamah Rozita Ibrahim di Kampung Bukit Buluh, Pedu.
Rozita meninggal dunia baru-baru ini akibat komplikasi tiroid.
“Sifat Rozita yang peramah dan suka membantu disenangi masyarakat setempat.
“Kita mengambil kesempatan menziarahi keluarga tersebut dan menghulurkan sumbangan,” kata Kamarul Azman.-UTUSAN











