Kami difitnah, cerita 30 tahun dahulu dihidupkan balik – Pengerusi Eksekutif GISBH

Kami difitnah, cerita 30 tahun dahulu dihidupkan balik – Pengerusi Eksekutif GISBH

GISBH
Nasiruddin Nasiruddin Mohd Ali bersama Nadzim Johan dan para peserta lain yang menyertai Persidangan Meja Bulat PPIM di Ampang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Eksekutif GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) Datuk Nasiruddin Mohd Ali berkata, syarikat itu difitnah dengan cerita 30 tahun dahulu yang dihidupkan semula.

Sedangkan kata beliau, isu tersebut sudahpun selesai dan telah disahkan oleh pihak berkuasa.

Katanya, matlamat GISBH sekarang ialah mengangkat ekonomi Islam supaya dihormati.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebab itu kata beliau, GISBH telah mengadakan Ekspo Perdagangan dan Perlancongan Islam (IITTE) di Melaka yang berjaya menarik peserta dari 20 buah negara dan kehadiran 61,000 pengunjung.

“Tetapi GISBH ditohmah dan difitnah dengan dibawa cerita-cerita lama. Kalau betul hendakkan Islam, kenapa tak sokong apa yang dibuat,” soal beiliau ketika menyampaikan ucapan di program Persidangan Meja Bulat di Dewan Besar Galaxy Ampang.

Beliau adalah dan lebih 20 orang pimpinan GISBH adalah antara lebih 500 orang dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghadiri persidangan meja bulat kepimpinan NGO.

Program anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) itu diisi dengan ucaptama daripada Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan yang menyentuh peranan PPIM membantu rakyat yang yang buntu menghadapi masalah tanpa jalan keluar.

Penalis lain yang menyertai program meja bulat itu ialah Datuk Manaf Wahab dengan tajuk ‘Ancaman Ekonomi Riba’, Datuk Fakhrunizam – ‘Ancaman Keselamatan Negara’, Datuk Seri Asri Yusoff – ‘Ancaman Tekanan Terhadap Rakyat’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini