Jojo makin unggul, catat enam kemenangan dari tujuh pertarungan

Jojo makin unggul, catat enam kemenangan dari tujuh pertarungan

Muhammad Johan Ghazali Zulfikar hanya memerlukan pusingan pertama untuk memenangi perlawanan ke atas Josue Cruz.-IHSAN ONE CHAMPIONSHIPS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar bangga atas tahap kemampuan dirinya dalam usia muda selepas menewaskan Josue Cruz dari Mexico menerusi pertarungan ONE 168: Denver di Colarado, Amerika Syarikat (AS), semalam.

Beliau yang mesra disapa Jojo hanya memerlukan satu pusingan untuk menewaskan Cruz menerusi keputusan ‘knockout’ (KO).

Jojo berkata, beliau sudah mengharungi pelbagai laluan berliku untuk mencapai ke tahap yang beliau idamkan selama ini.

“Ianya sesuatu yang gila dan saya baru berusia 17 tahun. Sejujurnya jika anda bertanya kepada beberapa tahun lalu bagaimana saya boleh berada dalam posisi hari ini, saya akan katakan saya bekerja keras, konsisten dan memberikan segalanya.

“Anda tahu secara literal, darah, peluh dan air mata adalah yang saya lalui hari demi hari untuk mencapai ke sini,” katanya.

Sekalipun hidungnya berdarah, pukulan Jojo jelas memberi impak yang kuat kepada Cruz selepas beliau tidak lagi mampu bangkit selepas tumbang akibat pukulan KO.

“Anda perlu tahu, bertarung menyerupai kehidupan. Apa yang saya cuba katakan ialah apabila kehidupan memberi cabaran kepada kita, kita harus membalas dengan cabaran yang sama.

“Dan di sini dia (Cruz) memukul saya dengan pukulan yang baik beberapa kali sehingga hidung saya berdarah namun saya meneruskan perlawanan. Saya enggan berputus asa,” katanya.

Jojo meluaskan rekod enam kemenangan dari tujuh penampilan dengan lima kemenangan datang dari pukulan KO.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×