Jimat elektrik dengan cara yang betul

Jimat elektrik dengan cara yang betul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KITA selalu mendengar rungutan atau diri sendiri yang ‘membebel’ tentang kenaikan bil elektrik. Namun di sebalik kebisingan individu itu, tidak pula mereka salahkan diri sendiri akibat penggunaan tenaga yang tidak dikawal.

Justeru itu, bagi menjaga ‘poket’ supaya tidak berhabisan membayar elektrik, beberapa langkah ini boleh diambil :

  • Pencahayaan

Gunakan mentol  diod pancaran cahaya (LED). Mentol jenis ini menggunakan sehingga 75 peratus kurang tenaga dan tahan lebih lama daripada mentol pijar.

Selain itu, lampu perlu ditutup sekiranya tidak digunakan. Lebih baik menggunakan cahaya semula jadi pada siang hari.

  • Perkakas

Mencabut semua palam peranti yang tidak digunakan amat penting. Ini kerana arus elektrik akan terus mengalir sekiranya palam peranti dibiarkan di suis walaupun elektrik ditutup.

Selain itu, melaburlah sedikit untuk untuk memberi barangan elektrik cekap tenaga. Walaupun sedikit mahal tetapi dapat menjimatkan wang dalam jangka masa panjang.

Peralatan elektronik juga perlu digunakan dengan cekap. Ini bermaksud, hanya gunakan mesin basuh pinggan, mesin basuh dan pengering dalam muatan penuh.

  • Pemanasan dan penyejukan

Tetapkan termostat beberapa darjah lebih tinggi pada musim panas dan lebih rendah pada musim sejuk.

Gunakan kipas untuk mengedarkan udara. Alat elektrik ini menggunakan lebih sedikit tenaga berbanding dengan penghawa dingin.

Dalam masa sama pastikan tingkap dan pintu ditutup rapat bagi mengelakkan pengaliran udara ke luar.

  • Pemanasan air

Tetapkan pemanas air kepada 49 darjah celsius

Letakkan pancuran air mandian tidak terlalu tinggi bagi mengurangkan penggunaan air dan tenaga yang diperlukan untuk memanaskan air.

  • Penyejukan

Peti sejuk yang penuh mengekalkan kesejukan dengan lebih baik. Walau bagaimanapun, jangan terlalu banyak kerana aliran udara juga penting.

Pastikan suhu peti sejuk antara satu hingga empat  darjah celsius sementara bahagian sejuk beku pada -18 darjah celsius.

  • Memasak

Gunakan ketuhar gelombang mikro atau membakar roti yang lebih kecil sekiranya menyediakan makanan bagi bilangan yang sedikit. Dalam pada itu, jangan lupa tutup periuk dan kuali semasa memasak untuk mengekalkan haba selain dapat mengurangkan masa memasak.

  • Teknologi Pintar

 Peranti dengan teknologi pintar mempelajari jadual pengguna dan melaraskan suhu dengan sewajarnya. Ini akan menjimatkan tenaga.

Sementara palam pintar pula digunakan untuk menjadualkan aktiviti. Peranti ini boleh dihidup dan dimatikan secara automatik. 

Saya percaya dengan melaksanakan tip ini, anda boleh mengurangkan penggunaan tenaga dengan ketara sekali gus menjimatkan bil utiliti.

 BULBIR SINGH

Bekas Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×