JAWA TENGAH: Seorang wanita mati ditikam oleh bekas kekasihnya di Pati, Jawa Tengah pada Selasa.
Menurut Ketua polis Gunungwungkal, Sukarno berkata kejadian berlaku sekitar pukul 07.00 waktu tempatan apabila Suyanto datang ke rumah Sinta untuk berjumpa.
Pada masa kejadian, Sinta berada di rumah bersama ibunya, sementara suami Sinta telah pergi ke sawah.
Ketika Sinta membuka pintu, Suyanto mengeluarkan pisau dan mengelar lehernya.
Ibu Sinta yang melihat kejadian itu segera meminta bantuan, sementara Sinta melarikan diri sambil menggendong anaknya.
Suyanto bertindak menikam Sinta di perut, sehingga menyebabkan Sinta jatuh dengan anaknya masih digendong sebelum beliau bertindak menikam dirinya.
Warga yang datang selepas mendengar jeritan ibu Sinta mendapati kedua-dua mangsa sudah dalam keadaan berdarah.
Sinta dan Suyanto kini dirawat di Hospital Keluarga Sehat Tayu dan insiden serangan tersebut dilapor oleh suami Sinta kepada pihak polis
Sementara itu, Ketua Polis Pati, Muhammad Alfan Armin memaklumkan bahawa polis menjumpai barang bukti pisau sepanjang 38 cm.
Pihaknya masih mendalami kes ini, termasuk mendapatkan keterangan daripada suspek dan mangsa yang kini masih dirawat di hospital. -AGENSI










