Pope Francis pakai kasut lusuh semasa tiba di Indonesia

Pope Francis pakai kasut lusuh semasa tiba di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pemimpin tertinggi Vatican, Pope Francis memilih untuk memakai kasut lama yang sudah lusuh semasa lawatannya ke Indonesia sejak semalam hingga 6 September ini.

Lapor Kompas.com, Paderi Agung Jakarta, Kardinal Ignatius Suharyo berkata, beliau memperhatikan perkara itu sejak ketibaan Francis di negara ini yang menunjukkan sikap merendah dirinya.

“Semalam, saya sengaja memperhatikan kasutnya sebab berada berdekatan dengan dirinya. Kebiasaannya, beliau akan memakai sepatu merah atau putih, tetapi saya melihat beliau memakai kasut berwarna hitam dengan kelihatan sudah berlekuk-lekuk yang tandanya sudah lama dipakai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu bukan sekadar kebetulan, tetapi adalah pilihan,” katanya kepada wartawan di Gereja Katedral, Jakarta, hari ini.

Suharyo berkata, Francis sengaja memilih untuk melawat Indonesia sebagai lokasi pendaratan pertama dalam kunjungan ke negara Asia Pasifik.

Sepanjang lawatannya ke negara ini, pemimpin tertinggi Gereja Katolik Rom itu dijadualkan bertemu Presiden Indonesia, Joko Widodo, bertandang ke Masjid Istiqlal dan Gereja Katedral.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini