Tolak troli dengan bawa 'nanas terbalik', tanda cari jodoh

Tolak troli dengan bawa ‘nanas terbalik’, tanda cari jodoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Satu fenomena baharu tular dalam media sosial yang melibatkan kod rahsia berasaskan buah-buahan sehingga mencetuskan kegilaan dalam kalangan golongan bujang di Sepanyol.

Situasi itu mencetuskan kekacauan sehingga memaksa pihak polis untuk campur tangan.

Fenomena tercetus di sebuah pasar raya Mercadona apabila ramai pengunjung yang tertarik untuk mengunjungi premis itu antara pukul 7 malam hingga 8 malam, dipercayai sebagai masa terbaik untuk mencari jodoh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka hanya perlu meletakkan buah nanas terbalik dalam troli yang dibawa sebagai ‘tanda’ mencari pasangan.

Fenomena ini dicetuskan oleh pelakon dan pelawak, Vivy Lin yang memuat naik dalam TikTok. Menerusi video tersebut, Lin menunjukkan dirinya menolak troli di sekitar kedai Mercadona sambil bercakap mengenai ‘waktu emas’ tersebut.

“Masa untuk mencari jodoh di Mercadona adalah dari pukul 7 malam hingga 8 malam,” katanya.

Akaun rasmi TikTok Mercadona turut memuat naik gambar buah nanas dengan kapsyen ‘Nanas di rak Mercadona menanti anda untuk mendapatkan janji temu’.

Walau bagaimanapun, terdapat laporan dibuat mengenai fenomena ini yang berkisar tentang sekumpulan remaja menolak troli di sekitar kedai pada waktu malam tanpa membeli apa-apa.

Malah, seorang lelaki dilihat berpakaian seperti nanas gergasi sebagai sebahagian daripada sambutan parti bujangnya di dalam kedai.

Meskipun penggunaan buah nanas terbalik sebagai kod rahsia bukanlah perkara baharu, namun, sebelum ini ia digunakan sebagai isyarat bagi mereka yang berminat dalam pertukaran pasangan seksual dan penggunaan terbaru buah itu mengundang pelbagai reaksi.

Ada laporan mengatakan kegilaan nanas ini tidak mendapat sambutan baik daripada pekerja pasar raya Mercadona yang terpaksa mengemas kembali barangan yang tidak dibeli.

Beberapa pengulas mengkritik fenomena ini yang dianggap sebagai sesuatu yang dilihat keanak-anakan dan pengguna akan tertipu dengan kempen yang direka melalui media sosial disamping menunjukkan bagaimana dunia maya boleh mempengaruhi tingkah laku sosial dan menjadikan pengguna sebagai pembesar suara secara percuma. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini