Kerusi DUN Rembia mungkin kosong, namun tiada PRK

Kerusi DUN Rembia mungkin kosong, namun tiada PRK

IDRIS HARON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia tidak perlu diadakan sekiranya Yang Dipertua DUN Melaka memilih untuk mengumumkan kekosongan tersebut pada sidang akan datang. 

Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan PRK tidak perlu diadakan jika tempoh pembubaran DUN berbaki dua tahun lagi. 

“Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 adalah pada November 2021. Tempoh DUN Melaka akan genap tiga tahun pada November ini sekiranya persidangan (dijangka) berlangsung dalam bulan sama. 

“Jika kekosongan kerusi DUN Rembia diumumkan Yang Dipertua pada persidangan tersebut, maka tidak perlu lagi diadakan PRK,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. 

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis mengambil pendirian tiada keperluan untuk mengemukakan sebarang bukti kepada UMNO berhubung tindakannya menyertai Pas sejak 2023. 

Yang Dipertua DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, nasib bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri itu telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemilih DUN, namun hanya diumumkan pada sidang akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×