Afrika kekurangan dana sekat penularan Mpox

Afrika kekurangan dana sekat penularan Mpox

WAD pengasingan diwujudkan di sebuah hospital kerajaan di Ahmedabad, sebagai langkah berjaga-jaga untuk merawat pesakit Mpox.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRAZZAVILLE, Congo: Afrika hanya berjaya memperoleh kurang 10 peratus daripada anggaran AS$245 juta (RM1.06 bilion) yang diperlukan untuk melawan wabak mpox yang semakin menular di benua tersebut.

Ketua Kakitangan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (CDC Afrika), Ngashi Ngongo berkata, setakat ini hanya dua pihak tampil memberikan sumbangan iaitu Republik Demokratik Congo sebanyak AS$10 juta (RM43.27 juta) dan Kesatuan Afrika yang telah meluluskan AS$10.4 juta (RM45 juta).

“Bagi membanteras penularan mpox, kami memerlukan sejumlah RM1.06 bilion. Namun sehingga kini, CDC Afrika hanya menerima kurang 10 peratus sumbangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami perlu mencari kira-kira AS$224 juta (RM970 juta) lagi,” katanya pada satu taklimat di sini, semalam.

Benua Afrika berada di bawah tekanan untuk membendung jangkitan mpox selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkannya sebagai ancaman kesihatan global pertengahan bulan lalu ekoran penyebarannya dari Congo ke negara-negara jiran.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah CDC Afrika Jean Kaseya berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan hampir 1 juta dos vaksin mpox.

Katanya, ia termasuk 215,000 dos dari pembuat vaksin Bavarian Nordic; 100,000 dos dari Perancis; hampir 100,000 dos dari Jerman; dan kira-kira 500,000 dos dari Sepanyol.

Tambah beliau, CDC Afrika masih belum pasti bilakah pihaknya akan menerima vaksin berkenaan terutamanya di Congo yang terjejas teruk.

Mpox, jangkitan virus yang menyebabkan bintik bernanah turut menyebabkan simptom seperti selesema, tetapi boleh menyebabkan kematian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini