Bangladesh tarik balik pengharaman Jamaat-e-Islami

Bangladesh tarik balik pengharaman Jamaat-e-Islami

MUHAMMAD YUNUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Kerajaan sementara Bangladesh pimpinan pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Muhammad Yunus semalam menarik balik pengharaman terhadap parti Islam, Jamaat-e-Islami yang dikuatkuasakan ketika bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina mentadbir negara.

Keputusan berkenaan dibuat susulan tindakan Kementerian Dalam Negeri yang membuat rayuan terhadap pengharaman tersebut, yang dilaksanakan kurang sebulan lalu.

Dengan itu, Parti Jamaat-e-Islami boleh melakukan aktiviti seperti biasa namun masih perlu mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi membolehkannya bertanding pada pilihan raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehingga kini, pucuk pimpinan parti Islam itu masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Agensi berita AP melaporkan, Parti Jamaat-e-Islami dilarang bertanding pada pilihan raya sejak 2013, tindakan dipercayai bermotifkan politik.

Hasina mengharamkan parti terbabit atas alasan melakukan aktiviti yang merosakkan dan mempunyai kaitan dengan pengganas.

Beliau turut mengecam sayap pemuda parti berkenaan yang didakwa menghasut protes ganas di seluruh negara bulan lalu sehingga memaksa peletakan jawatannya sebelum lari ke India.

Dalam tunjuk perasaan tersebut yang berlangsung lebih seminggu, sekurang-kurangnya 600 orang terbunuh dan ribuan lagi cedera dalam tindakan keras kerajaan terhadap penunjuk perasaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini