Tiga emas masuk 'jerat' Jonah di Sukma 2024

Tiga emas masuk ‘jerat’ Jonah di Sukma 2024

JONAH melakukan balingan dalam acara baling tukul besi lelaki di Sukma 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Atlet Sarawak, Jonah Chang Rigan kini mampu tersenyum apabila ‘perangkapnya’ jelas membuahkan hasil apabila meraih pingat emas ketiganya di Sukan Malaysia (Sukma) 2024 menerusi acara baling tukul besi pada hari terakhir acara olahraga di Stadium Sarawak, semalam.

Dalam acara terakhirnya semalam, Jonah nyata sukar digugat apabila merekodkan balingan sejauh 54.65 meter (m), jauh meninggalkan pencabar terdekatnya dari Perlis, Rizad Azri Che Radzi (48.70m)

“Kadang-kadang saya tidak mahu cakap besar sebab apa saja boleh berlaku. Saya mesti merendah diri tetapi sekarang saya boleh bercakap kerana sudah mengesahkan tiga pingat emas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tadi pun saya gementar kerana saya tahu Perlis boleh potong. Ini adalah sejarah dan saya begitu gembira dengan kejayaan ini,” katanya.

Pingat gangsa acara baling tukul besi dimenangi oleh wakil Sabah, Nabil Faiz Ayub yang mencatatkan balingan sejauh 46.50m.

Kemenangan kali ini membolehkan Jonah menerima ganjaran RM45,000 memandangkan kerajaan Sarawak sudah pun mengumumkan ganjaran RM15,000 bagi setiap pingat emas dimenangi atlet negeri itu.

Jonah yang sudah pun menguasai saingan lontar peluru dan lempar cakera menjelaskan kecederaan dada dihadapinya tidak beri kesan besar semasa melakukan balingan dalam acara lontar tukul besi.

“Selepas harungi dua acara, badan sudah kehabisan tenaga tetapi saya cuba sehabis baik. Acara ini tidak beri kesan besar kepada dada kerana ini lebih kepada bahagian bawah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini