Pemuda UMNO cadang Syed Hussein calon PRK DUN Mahkota

Pemuda UMNO cadang Syed Hussein calon PRK DUN Mahkota

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO mencadangkan Ketua Pemuda UMNO Kluang, Syed Hussein Syed Abdullah sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota. 

Ia dicadangkan oleh Ketuanya, Dr. Muhamad Akmal Saleh ketika ucapan penangguhan  Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

Kata Akmal, beliau meminta usul tersebut dibawa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan ke mesyuarat malam ini.

Beliau turut menggesa jurucakap Pemuda, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie untuk membawa usul yang sama ke Perhimpunan Agung UMNO, esok. 

“Orang tanya kenapa kita umum calon awal?  Aku peduli apa, calon aku bagus. Sebab kita nak bagi tahu, Mawi pun kita umum awal, menang. 

“Jadi, kalau tercalon pada 28 September ini, kena ingat, dia adalah wakil rakyat yang mewakili Pemuda UMNO,” katanya. 

Muhamad Akmal dalam masa yang sama mengingatkan Pemuda UMNO tentang cabaran yang lebih besar harus dihadapi selepas ini bagi membawa perubahan kepada parti, sekali gus meningkatkan kembali sokongan orang Melayu terhadap UMNO.

“Kena ingat..parti kita sudah tidak popular macam dulu, jadi kita kena guna strategi baharu, macam mana formula di Nenggiri, kita akan cipta formula baharu untuk menang di DUN Mahkota,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×