Muhyiddin biadab sentuh kewibawaan Yang di-Pertuan Agong ke-16, perlu dikenakan tindakan - Wan Rosdy - Utusan Malaysia

Muhyiddin biadab sentuh kewibawaan Yang di-Pertuan Agong ke-16, perlu dikenakan tindakan – Wan Rosdy

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin biadab kerana menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebagai bekas Perdana Menteri, Muhyiddin tidak sepatutnya mengheret institusi istana dalam kempen politiknya yang sempit semata-mata untuk meraih undi dan mengaburi rakyat tentang apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.

“Saya yakin dan percaya, rakyat juga sudah mengetahui dan bersetuju bagaimana kewibawaaan baginda berjaya menghentikan kemelut politik negara daripada terus berpanjangan dengan menubuhkan kerajaan Perpaduan, yang mana Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menolak titah tuanku.

“Oleh itu, saya meminta pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Muhyiddin yang secara sengaja mencetuskan suasana yang tidak harmoni dengan menyentuh isu 3R (Kaum, Agama, Institusi Diraja) dalam kempen politiknya, agar ia menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua pihak.

“Saya berharap rakyat di negara ini perlu terus menghormati institusi diraja yang merupakan lambang kedaulatan dan kestabilan negara serta simbol penyatuan dan pelindung rakyat jelata,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial ucapan bekas Perdana Menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 ketika berkempen pada PRK DUN Nenggiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×