Rela membujang sebab takut kahwin

Rela membujang sebab takut kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CINTA bukanlah satu hal yang mudah untuk diterima, apalagi harus membayangkan ikatan lebih dalam seperti perkahwinan.

Setiap perjalanan mendekati hubungan yang serius terasa seperti berjalan di atas duriduri keraguan yang tidak berpenghujung.

Minggu ini saya kongsikan kisah Meera, (bukan nama sebenar) wanita yang masih membujang pada usia menginjak 40 tahun.

Dia yang saya temui baru-baru ini mengakui perkahwinan bukanlah satu-satunya tujuan dalam hidup.

Oleh kerana itu, dia lebih memilih untuk membangunkan hidupnya sendiri tanpa tekanan dengan status sebagai isteri orang.

Keputusannya membujang bukanlah kerana dia tidak mampu mencintai, melainkan dia mahu mencintai diri sendiri sebelum memikirkan untuk berkongsi hidup dengan orang lain.

“Sejujurnya saya masih ragu untuk menjalinkan hubungan serius dengan lelaki, apalagi berfikir tentang perkahwinan,” katanya memulakan perbualan.

Kata Meera, sikap berhati-hatinya terhadap perkahwinan itu beralasan.

Membuka cerita kata Meera, sejak kecil, dia menyaksikan begitu banyak perkahwinan orang sekelilingnya berakhir dengan kegagalan.

Di dalam keluarganya sendiri, dia merupakan anak daripada ibu bapa bercerai.

Dia juga melihat perkahwinan kawankawannya berakhir dengan kegagalan.

Kawan rapatnya sejak di bangku sekolah rendah, Ainul (bukan nama sebenar), bertahuntahun berjuang dalam perkahwinan yang penuh konflik.

Ainul sering meluahkan masalah dihadapi dalam rumah tangganya. Tentang pasangan dan harapannya yang tidak pernah tercapai.

Setiap cerita itu membuatkan hati Meera semakin bimbang dan takut untuk mengikat hubungan dengan perkahwinan. Paling menambahkan ketakutan dalam diri Meera adalah menyaksikan sendiri kisah perjalanan rumah tangga ibu saudaranya, Mariam, (bukan nama sebenar).

“Saya dijaga ibu saudara selepas ibu ayah bercerai ketika usia saya 15 tahun. Sepanjang tempoh itu saya adalah orang yang paling dekat dengan ibu saudara,” ujarnya.

Kedua-dua perkahwinan ibu saudara menemui kegagalan. Perkahwinan pertama dengan Ramli, (bukan nama sebenar) runtuh angkara orang ketiga. Dua tahun menyulam bahagia, segalanya berjalan lancar, namun, disebalik kebahagian itu ada bayangan yang mengintai.

Sejak Ramli dinaikkan pangkat, masa bersama keluarga mulai sedikit.

Di pejabat, Ramli rapat dengan seorang rakan sekerja wanita. Mereka sering bekerja lewat malam. Awalnya, tiada apa-apa antara mereka sekadar hubungan rakan sekerja, namun lama-kelamaan, hubungan biasa jadi luar biasa.

Meera yang ketika itu menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat menyaksikan bagaimana hampir setiap hari kedua-duanya sering bergaduh.

Sehinggalah pada suatu hari, dia diberitahu oleh ibu saudaranya bahawa mereka telah berpisah.

Meskipun pengalaman pahit itu meninggalkan parut, ibu saudara memilih untuk tidak menutup pintu hatinya kepada lelaki.

Dua tahun menjanda, ibu saudara bertemu dengan Zainal (bukan nama sebenar).

Perjalanan rumah tangganya itu tidak seindah impian.

Zainal ternyata adalah seorang lelaki yang kasar dan kuat cemburu.

Ketika sedang marah, Zainal sering melemparkan kata-kata kesat kepada ibu saudara.

Hampir dua tahun, ibu saudaranya cuba bertahan dan berharap Zainal akan berubah. Namun hakikatnya, semakin hari semakin buruk.

Kemuncak kepada kesabaran ibu saudara, selepas Zainal bertindak memukulnya.

Dengan hati berat, ibu saudara mengambil keputusan untuk meninggalkan lelaki itu. Dengan bantuan ahli keluarga dan kawan-kawan, ibu saudaranya dapat keluar dari hubungan toksik tersebut.

Ibu saudara memulai kehidupan baharu sebagai janda untuk kali kedua.

Pengalaman pahit kali kedua dilalui, membuatkan ibu saudara merasa takut untuk mempercayai lelaki lagi.

Setiap kali ada lelaki yang cuba mendekati, bayangan masa lalu dengan Ramli dan Zainal kembali menghantui.

Menurut Meera, sehingga ke hari ini, ibu saudaranya itu memilih untuk menjalani hidup sendirian.

Meskipun, ramai lelaki cuba memikat hatinya, ibu saudara dengan halus menolak setiap pelawaan. Keluarga dan sahabat-sahabat bukan tidak cuba menyakinkan ibu saudara untuk membuka
kembali hatinya kepada lelaki.  Namun dia tetap dengan pendiriannya.

“Saya masih berpegang dengan kata-kata ibu saudara, bahawa kebahagiaan tidak semestinya datang dari hubungan dengan lelaki.

Sebaliknya boleh ditemukan dengan cinta kepada diri sendiri,” ujarnya.

Meski usianya bertambah, dan ramai menganggap dia harus mempunyai pendamping, ibu saudaranya itu merasa bahawa hidupnya sudah cukup lengkap.

Ibu saudaranya menemukan ketenangan dalam rutin harian dengan keluarga dan aktiviti sosial.

Akui Meera, akibat daripada semua pengalaman orang-orang terdekat, dia menjadi skeptikal terhadap cinta dan perkahwinan.

Meskipun mempunyai keinginan disayangi dan menyayangi daripada seorang lelaki, bayangan kegagalan rumah tangga dari orang-orang terdekat terus menghantuinya.

“Saya selalu percaya bahawa jodoh itu ada, maka dia akan datang pada waktu yang tepat, tanpa perlu dikejar atau dipaksa,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Sesungguhnya, berkahwin adalah sunnah Rasullulah SAW serta fitrah yang sesuai dengan naluri manusia.

Allah SWT menciptakan lelaki dan wanita serta mensyariatkan perkahwinan di antara mereka.

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT bermaksud: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang ber kir). (AlRum: 21).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×