Malaysia negara Asia pertama bawa rakyat Palestin cedera - Duta 

Malaysia negara Asia pertama bawa rakyat Palestin cedera – Duta 

Remaja Palestin yang selamat tiba di negara ini akan diberikan rawatan susulan terhadap kecederaan yang dialami. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Malaysia adalah negara pertama di Asia membawa rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat menerusi misi kemanusiaan dari Mesir.

Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berkata, pihaknya amat menghargai usaha kerajaan negara ini menyelamatkan  pesakit yang cedera dalam pembunuhan beramai-ramai rejim Israel.

Jelas beliau, kerjasama itu dijalin bersama negara jiran Palestin iaitu Mesir yang telah memberi pelbagai bantuan selama ini.

“Namun, Malaysia menjadi negara pertama di Asia membawa pulang warga Palestin yang cedera sehingga menempuh penerbangan lebih 16 jam.

“Usaha itu amat bermakna dan saya berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pihak berkuasa negara ini termasuk Wisma Putra,” katanya selepas melawat rakyat Palestin itu di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, petang ini.

Terdahulu, seramai 127 pesakit dan waris rakyat negara itu tiba dengan menaiki dua pesawat A-400M TUDM yang selamat mendarat, kira-kira pukul 2.15 petang.

Ketibaan mereka termasuk wanita dan kanak-kanak itu turut disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×