Amboi, marah betul Poklip dengan penganjur yang tak sediakan kerusi dalam sebuah majlis baru-baru ini ya. Bertenang, Cik Bunga ada satu lagi gosip panas nak dikongsikan di sini.
Kalau Cik Bunga sebut pasal seorang selebriti lelaki ini, pasti akan ada yang kata, alahai, dia ini lagi? Bukan apa, sering sangatlah dia muncul dengan kontroversi sampaikan warganet naik jelak dengannya.
Tetapi, dari satu sudut, Cik Bunga rasa bukan dia yang suka sangat terlibat dengan hal merepek. Tetapi disebabkan sejarah lama yang tak terpadam, hidup pelakon ini bagaikan sentiasa dihambat dengan kontroversi itu walau sudah cuba dielak.
Daripada apa yang Cik Bunga dengar, bekas kekasih pelakon ini kononnya nak kembali buat onar lagi, mengacau hidupnya yang kini sedang berbahagia dengan cara nak sebar video-video aib mereka berdua dulu. Soalan Cik Bunga, kenapa nak kacau?
Tak ada benda lainlah dik…semuanya sebab duit. Cik Bunga dengar, bekas kekasih pelakon ini memang kaki kikis. Kalau namanya sudah putus, buat apa lagi terhegeh-hegeh nak kacau hidup orang ye tak?
Pula itu, siap ugut minta duit, kalau tidak, video-video aib akan disebarkan dalam media sosial. Alahai, lahap sangat dengan duit ke cik adik sampai tak boleh hidup dengan usaha dan bekerja sendiri?
Lagi satu, kalau rasa dengan cara menyebarkan video lampau itu boleh menjatuhkan air muka si lelaki itu, Cik Bunga rasa orang yang lebih patut malu dan terlondeh maruahnya ialah si perempuan itu.
Sudahlah sama-sama buat onar buruk, nak sebar pula video itu, minta pula duit, wah…murahnya harga diri awak. Atau sebenarnya memang sudah tahap tiada maruah sampai sanggup menjaja perangai buruk sendiri?
Kelakar pula Cik Bunga rasa. Itulah sebabnya kita ini jangan jadi bodoh sebab bodoh tak akan ke mana dik. Elok awak fokus cari kerja dan simpan duit sendiri dan buktikan awak boleh hidup tanpa lelaki durjana.
Nak balas dendam pun, biarlah berkelas sikit. Malas lah Cik Bunga nak ceramah panjang lebar. Elok Cik Bunga buat buku motivasi untuk wanita tersakiti sajalah. Lagi baik!










