Lima panduan elak deposit hartanah lupus

Lima panduan elak deposit hartanah lupus

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DEPOSIT pembelian rumah berbeza mengikut cara pembayaran, ada yang perlu dibayar terus kepada penjual, ada juga yang perlu dibayar melalui peguam.

Istilah booking fee atau lock fee atau bayaran deposit dalam pembelian hartanah adalah istilah lazim sekiranya kita ingin membeli rumah. 

Bayaran tersebut adalah sejumlah wang yang perlu kita bayar sebagai tanda setuju untuk membeli sebuah rumah, bagaimanapun, jumlahnya tidak tetap dan bergantung kepada agensi ejen hartanah yang menguruskan urusan jual beli hartanah.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan bayaran deposit itu boleh lupus.

  1. Semak Kelayakan

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan pembeli rumah yang barangkali terlalu ghairah dan teruja saat ingin membeli rumah terus membayar bayaran deposit sebelum menyemak kelayakan mereka untuk membeli rumah mereka.

Sekiranya perlu, semak kelayakan anda daripada panel bank atau institusi kewangan terlebih dahulu. Jika anda bekerja di dalam sektor swasta, semak menerusi panel bank dan sekiranya anda bekerja di sektor awam, semak di Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

  1. Surat Perjanjian

Apabila kita membuat pembayaran booking fee, ejen hartanah akan memberikan surat perjanjian urusan jual beli atau turut dikenali sebagai Letter Of Offer To Purchase (OTP).

Surat perjanjian ini merupakan ‘nyawa’ kita kerana surat perjanjian ini mengandungi segala maklumat tentang ciri-ciri hartanah, harga yang dipersetujui untuk dibeli, alamat hartanah, tarikh pembayaran pembayaran deposit, amaun, dan paling penting tandatangan ejen hartanah, pembeli (kita) dan penjual (pemaju).

  1. Bayaran deposit 

Jangan sesekali membuat bayaran menerusi akaun bank peribadi ejen hartanah kerana bayaran booking fee perlu dibuat kepada akaun agensi ejen hartanah.

Kita juga tidak digalakkan untuk membuat bayaran secara tunai atau pengeluaran wang automatik (ATM) dan cara paling baik adalah dengan membuat pembayaran menerusi bank draf ke akaun pelanggan. 

Ada juga cara terbaik untuk membayar deposit adalah dengan melantik peguam hartanah yang akan menguruskan urusan perundangan jual beli hartanah.

Peguam hartanah akan membantu kita dengan menyediakan borang tempahan sebagai penyata hitam putih pembayaran deposit yang dikenakan.

  1. Bayaran tempahan termasuk deposit

Untuk rumah sekunder (subsale) ramai yang tidak tahu bahawa bayaran tempahan yang dibayar termasuk deposit rumah anda.

Sekiranya kita telah membuat pembayaran sejumlah tiga peratus bayaran tempahan, anda hanya perlu bayar baki tujuh peratus lagi yang juga boleh dikeluarkan daripada Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 

  1. Guna khidmat peguam 

Lebih mudah sekiranya kita menggunakan khidmat peguam hartanah dari agensi hartanah yang sama supaya proses jual beli rumah lebih lancar dan cepat.

Menurut pengalaman ejen-ejen hartanah, 90 peratus punca lupus bayaran deposit tempahan kerana pembeli rumah telah menolak tawaran pembiayaan pinjaman bank kerana kadar faedah yang tinggi. 

Menolak tawaran pembiayaan pinjaman bank dan permohonan ditolak adalah dua perkara yang berbeza.

Elak melakukan kesilapan ini dengan menyemak kelayakan kita dan memilih panel bank dengan kadar faedah yang berpatutan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×