JAKARTA: Seorang bapa di daerah Brebes, Jawa Tengah memberi nama unik kepada bayi lelakinya yang baru dilahirkan.
Lapor Kompas.com, Slamet Wahyudi, 38, menamakan anaknya yang dilahirkan pada 23 Disember tahun lalu dengan nama Jabatan Komunikasi Statistik dan nama gelarannya adalah Dinko.
Slamet memberitahu, dia dan isterinya sudah berbincang mengenai nama itu sebelum anak mereka dilahirkan.
“Pada mulanya nama itu kedengaran aneh, namun alhamdulillah, isteri saya juga tidak keberatan itu letak nama tersebut.
“Nama itu diberi sebagai penghargaan kepada tempat bekerja saya,” katanya.
Slamet merupakan seorang daripada penjawat awam di Jabatan Komunikasi, Maklumat dan Statistik di Brebes.
Jelas lelaki itu, perjalanannya untuk mendapat kerja sebagai penjawat awam bukan mudah dan sehubungan itu, nama anaknya dilihat sebagai penghargaan kepada tempat dia mencari rezeki.
Sehingga kini, Slamet sudah berkhidmat selama 18 tahun di jabatan tersebut.










