Anwar jamin ceriakan warung, gerai di seluruh negara - Utusan Malaysia

Anwar jamin ceriakan warung, gerai di seluruh negara

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan akan terus berusaha menceriakan kawasan warung, gerai dan restoran di seluruh negara. 

Perdana Menteri berkata, langkah itu supaya premis makanan terlibat itu lebih bersih dan berkualiti. 

“Usai Majlis Peluncuran Perumahan Penjawat Awam Malaysia Madani di Bandar Sri Permaisuri, saya singgah di Pusat Penjaja Bandar Sri Permaisuri untuk melihat kawasan persekitaran dan beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung yang sedang menjamu sarapan pagi.

“Persinggahan kira-kira 10 minit itu saya gunakan untuk melihat sendiri keadaan persekitaran dari segi kemudahan infra yang perlu ditambah baik atau yang telah siap untuk dimanfaatkan masyarakat setempat.

“Saya beri jaminan kerajaan akan terus berusaha mengindahkan pembangunan warung, gerai dan restoran agar lebih bersih dan berkualiti di setiap negeri dan bandar di seluruh negara, Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook. 

Kat Anwar, antara yang dibangkitkan pengusaha di Pusat Penjaja Bandar Bandar Sri Permaisuri adalah penambahan atau keluasan kawasan parkir. 

“Ia selain penghargaan kepada kerajaan di atas kemudahan bumbung baharu yang lebih selesa sekali gus menarik lebih ramai pengunjung di kawasan tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×