PRK Nenggiri: Jentera BN-PH perlu kerja kuat lawan, jawab fitnah pembangkang

PRK Nenggiri: Jentera BN-PH perlu kerja kuat lawan, jawab fitnah pembangkang

AHMAD Zahid Hamidi (tiga kiri) beramah mesra dengan penduduk Orang Asli semasa merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan dan Menyiapkan Jalan Perhubungan Desa di Kuala Betis-Pos Bihai-Pos Belatim-Pos Balar-Pos Hau-Kuala Betis dan Projek Mengganti Jambatan Batu 6, Nenggiri di Dataran Kejat Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Jentera Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) perlu bekerja kuat bagi melawan dan menjawab fitnah yang dilemparkan oleh pembangkan sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri 17 Ogos ini.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, fitnah dan tomahan serta api kebencian ke atas Kerajaan Perpaduan terutama berkait dengan penyasaran subsidi diesel akan terus dimainkan oleh lawan.

Menurutnya, penjelasan itu bagi memastikan rakyat di peringkat bawah memahami dasar dan langkah yang dibuat oleh kerajaan.

Ujarnya, beliau sudah Perikatan Nasional (PN) akan menggunakan isu tersebut sebagaimana yang dilakukan semasa PRK Sungai Bakap, Pulau Pinang sebelum ini.

“Mereka gunakan isu itu sebagai  bahan untuk menang di PRK Sungai Bakap, namun saya lihat masyarakat Gua Musang termasuk Orang Asli cukup rasional dalam perkara ini.

“Untuk makluman, kita sudah santuni masyarakat Orang Asli di buah Pusat Daerah Mengundi (PDM) berkait dengan rasionalisasi subsidi diesel. Alhamdulillah mereka telah menerima penjelasan itu,” katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan dan Menyiapkan Jalan Perhubungan Desa di Kuala Betis-Pos Bihai-Pos Belatim-Pos Balar-Poshau-Kuala Betis dan Projek Mengganti Jambatan Batu 6, Nenggiri di Dataran Kejat Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kuala Betis di sini hari ini.

Ahmad Zahid memberitahu, pada masa sama penjelasan kepada penduduk di sembilan kampung tradisional akan turut diberikan.

Media sebelum ini melaporkan, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah pada 13 Jun lalu mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan.

Ia selepas beliau menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada Bersatu mengenai pengguguran keahlian Mohd. Azizi Abu Naim

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian menetapkan pengundian PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos ini manakala tarikh penamaan calon serta pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos ini.

Pada PRK lalu, calon PN dari Bersatu Mohd. Azizi Abu Naim menang dengan majoriti 810 undi menewaskan calon BN, Ab. Aziz Yusoff.

Sebelum ini, BN menamakan Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon bagi mewakili parti itu pada PRK Nengiri.

PN mula menamakan Mohd. Rizwadi Ismail sebagai calon. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×