'Magic Boy' idam kontrak ONE Championship

‘Magic Boy’ idam kontrak ONE Championship

RIFDEAN Masdor ketika melepaskan tumbukan ke atas petinju tuan rumah, Petaek Sitbigjasskonrakpathum dalam pertarungan ONE Friday Fights 71 di Stadium Tinju Lumpinee, Thailand. - IHSAN ONE CHAMPIONSHIP THAILAND
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia tidak ketandusan bakat untuk melahirkan atlet muay thai berwibawa apabila seorang lagi petarung negara, Rifdean Masdor berpotensi besar untuk meraih kontrak ONE Championship bernilai AS$100,000 (RM469,000).

Selepas cemerlang menang dua pertarungan ONE Championship, nama Rafdean atau lebih popular dengan gelaran ‘Magic Boy’ kini menjadi sebutan untuk meraih kontrak berkenaan sekali gus membuka cerita lebih gemilang dalam kariernya dalam sukan itu.

Dalam pertarungan ONE Friday Nights 71 pada Jumaat lalu, Rafdean berjaya menumpaskan wakil tuan rumah dari Thailand, Petaek Sitbigjasskonrakpathum dengan Technical Knockout (TKO) pada pusingan pertama sekali gus meraih bonus 350,000 baht (RM58,000)

Pada 22 Mac lalu, atlet kelahiran Kuching, Sarawak itu turut melakar sensasi apabila hanya memerlukan 78 saat untuk menang ke atas Pichai Lookbanmai dalam pertarungan One Friday Fights 56 sekali gus membawa pulang jumlah bonus yang sama.

Bagi memastikan kontrak ONE Championship menjadi miliknya, Rifdean perlu kekal konsisten dan melakar sekurang-kurang empat kemenangan berturut-turut bagi membuka mata penganjur untuk memberikan kontrak yang diidam-idamkannya itu.

Sekiranya meraih kontrak itu, Rifdean akan menjadi atlet muay thai ketiga negara meraih kontrak ONE Championship selepas Muhammad Johan Ghazali Zulfikar yang melakar sejarah menjadi atlet termuda meraih kontrak tersebut selain Ahmad Nor Iman Aliff Rakib.

Untuk rekod, Rifdean merupakan juara dunia bawah 23 tahun sebanyak tiga kali berturut-turut bermula edisi 2021 di Thailand diikuti 2022 (Emiriah Arab Bersatu) dan 2023 (Thailand).-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×