Tidak dirancang - Gandingan Luna Maya dan teman lelaki bukan paksaan

Tidak dirancang – Gandingan Luna Maya dan teman lelaki bukan paksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pelakon, Luna Maya menafikan dakwaan kononnya gandingan dengan teman lelakinya, Maxime Bouttier dalam filem Gundik sebagai perkara yang dirancang.

Jelas pemilik nama sebenar Luna Maya Sugeng itu, perkara itu hanyalah kebetulan yang berlaku kepada setiap pasangan yang berkecimpung dalam kerjaya yang sama.

“Pekerjaan kami sama, jadi, kemungkinan untuk terlibat dalam satu projek itu ada. Kemungkinan itu sangat besar.

“Bukan kerana di dunia nyata kami berpasangan, dalam kerjaya juga perlu begitu. Tiada paksaan daripada mana-mana pihak,” katanya kepada portal Liputan6.

Gundik yang diarahkan sutradara Anggy Umbara turut dibintangi Agus Kuncoro, Ratu Sofya, Tyo Pakusadewo dan Ence Bagus.

Dalam pada itu, Luna juga menafikan timbul perasaan janggal apabila dipadankan dengan teman lelaki sendiri dalam satu filem.

“Biasa sahaja. Kerana memang bukan pertama kali kami digandingkan. Kalau bukan dalam filem ini, pasti filem yang lain,” kongsinya lagi.

Luna dan Maxime mula menjalinkan hubungan istimewa sejak satu tahun yang lalu. Percintaan mereka dihidu peminat apabila pelakon tersebut hadir meraikan ulang tahun Maxime sekitar April tahun ini.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×