Pengawal keselamatan didakwa miliki lukisan berkaitan IS Pengawal keselamatan didakwa miliki lukisan berkaitan IS

Pengawal keselamatan didakwa miliki lukisan berkaitan IS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memilik pelbagai item berkaitan kumpulan Islamic State (IS), bulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Muhamad Norulaini Supardi, 33, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, bapa kepada empat anak itu didakwa memiliki tiga buku berunsur keganasan dan berkaitan dengan IS dan juga satu lukisan bendera kumpulan pengganas itu. 

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, lelaki itu didakwa memiliki satu artikel dan dua video berunsur perbuatan keganasan dalam satu telefon bimbit berwarna hitam. 

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan pada pukul 9.25 pagi, 23 Jun lalu di sebuah rumah di Kajang.

Kesemua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu.

Mazuliana menetapkan 30 Ogos ini bagi sebutan semula kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ainaa Ridzwan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini