Calon muda UMNO bukan datang dari ‘langit’ – Johari

Calon muda UMNO bukan datang dari ‘langit’ – Johari

JOHARI Abdul Ghani bersalaman dengan ahli UMNO ketika hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Paya Lebar, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: UMNO pasti mencalonkan orang muda sebagai taruhan untuk menawan kembali kerusi Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Nenggiri da­lam pilihan raya kecil (PRK) yang dijadualkan berlangsung 17 Ogos ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, selain mempunyai pengalaman luas di lapangan serta mendapat sokongan penduduk setempat, individu itu juga mesti datang dari akar umbi dan bukannya dari ‘langit’.

“Calon kita kali ini mesti orang muda yang datang dari akar umbi dan bukan datang dari langit,” katanya ketika di­temui selepas merasmikan Me­syuarat Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Paya Lebar, di sini semalam.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, pengundi di DUN Nenggiri mahu orang muda di­angkat sebagai wakil rakyat pada PRK, 17 Ogos ini.

Tinjauan mendapati, rata-rata penduduk menyifatkan calon muda dilihat lebih segar dalam membawa perubahan dan mencari penyelesaian terhadap isu-isu pembangunan, ekonomi ser­ta pendidikan.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya, Johari berkata, budaya mengejar kedudukan sebagai pemimpin sama ada i­ngin menjadi ahli Parlimen atau ahli dewan undangan ne­geri (ADUN) merupakan punca utama, UMNO gagal menjadi ke­rajaan selepas 11 penggal mentadbir negara.

Jelasnya, pertelagahan sesa­ma pemimpin juga adalah antara kelemahan yang dikesan dalam parti, sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) dan hingga kini.

Menurutnya, bibit-bibit awal rakyat mula menyampah de­ngan sikap pemimpin dan ahli UMNO telah diterjemahkan pa­da PRU12, apabila Barisan Nasional (BN) gagal mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen.

“Kenapa UMNO daripada se­buah parti yang mendominasi kerajaan selama 11 penggal tiba-tiba runtuh, sedangkan kita melahirkan ratusan ribu pemimpin sejak mencapai kemerdekaan.

“Sebenarnya kita tidak boleh salahkan orang lain tetapi sebaliknya kita harus salahkan diri sendiri. Ingin saya tekankan ini adalah salah kita semua,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×