Korea Utara kecam deklarasi sidang kemuncak NATO

Korea Utara kecam deklarasi sidang kemuncak NATO

PEMIMPIN NATO menghadiri Majlis NATO-Ukraine semasa sidang kemuncak ulang tahun ke-75 NATO di Pusat Konvensyen Walter E. Washington, pada 11 Julai 2024.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Korea Utara mengecam sekeras-kerasnya deklarasi Sidang Kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) 2024, minggu ini.

Pemimpin negara NATO menekankan janji keahlian untuk Ukraine dan mengambil pendekatan yang lebih tegas terhadap sokongan China kepada Russia dalam satu deklarasi pada pertemuan di Washington.

“Deklarasi ‘Sidang Kemuncak Washington’, yang dirancang dan diumumkan pada pada 10 Julai, membuktikan bahawa AS dan NATO menjadi alat untuk konfrontasinya, menimbulkan ancaman paling serius kepada keamanan dan keselamatan global,” lapor agensi berita KCNA, memetik jurucakap Kementerian Luar Korea Utara.

Pyongyang berkata, langkah Amerika Syarikat (AS) memperluaskan blok ketenteraan dengan negara NATO dan Asia, termasuk Korea Selatan serta Jepun adalah ‘punca ganas yang mengancam keamanan serantau secara serius’.

Katanya, ia juga memburukkan persekitaran keselamatan antarabangsa dan mencetuskan perlumbaan senjata di seluruh dunia.

Pengisytiharan sidang kemuncak itu menyeru China untuk menghentikan semua sokongan material dan politik terhadap usaha perang Russia.

Ia juga menuduh Iran dan Korea Utara menyemarakkan perang Russia di Ukraine dengan memberikan sokongan ketenteraan terus kepada Moscow.

Secara berasingan, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) di luar persidangan NATO menandatangani panduan mengenai penubuhan sistem pencegahan lanjutan bersepadu untuk semenanjung Korea bagi menentang ancaman nuklear dan ketenteraan dari Korea Utara.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×