Jordan dakwa Putera Hamzah rancang plot gugat kestabilan negara - Utusan Malaysia

Jordan dakwa Putera Hamzah rancang plot gugat kestabilan negara

PUTERA HAMZAH HUSSEIN bersama isterinya, Puteri Basma Otoum. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMMAN: Bekas Putera Mahkota Jordan, Putera Hamzah Hussein didakwa cuba merancang plot dengan menggerakkan pemimpin suku untuk menentang kerajaan sedia ada.

Lapor BBC, Timbalan Menteri Jordan, Ayman Safadi mendakwa Putera Hamzah bekerjasama dengan pihak asing untuk menggugat kestabilan negara.

Sebelum ini, adik tiri kepada Raja Abdullah II mengeluarkan dua video yang mendakwa beliau dikenakan tahanan rumah.

Beliau juga menafikan terlibat dalam sebarang konspirasi terhadap Raja Abdullah II.

Dalam video tersebut, Putera Hamzah mendakwa wujudnya kepincangan, rasuah dan ketidakcekapan dalam pemerintahan negara itu.

Putera Hamzah juga memberitahu, beliau tidak dibenarkan keluar dan berkomunikasi atau berjumpa orang.

Sebanyak 16 orang termasuk bekas penasihat kepada Raja Abdullah dan seorang ahli keluarga diraja lain ditahan pada Sabtu lalu kerana didakwa mengancam keselamatan negara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×