Pempengaruh dipercayai kutip derma cecah RM3 juta - Utusan Malaysia

Pempengaruh dipercayai kutip derma cecah RM3 juta

PASANGAN suami isteri pempengaruh (influencer) dibawa pegawai SPRM hadir ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada 10 Julai lalu. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat individu termasuk pasangan suami isteri yang merupakan pempengaruh kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut sumber, kesemua suspek iaitu tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20-an hingga 30-an telah ditahan kira-kira antara pukul 6.30 petang hingga 11 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Susulan penahanan itu, kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 14 Julai ini dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

“Suspek yang merupakan pasangan suami isteri dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak 2020 dengan menyeleweng kutipan derma yang tidak disalurkan dengan cara yang betul.

“Dianggarkan kutipan derma terbabit mencecah kira-kira RM3 juta dan siasatan masih diperingkat awal.

“Pada masa yang sama, dua lagi suspek turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes yang sama,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini