Penduduk Mesir bimbang sumpahan Firaun - Utusan Malaysia

Penduduk Mesir bimbang sumpahan Firaun

PERARAKAN memindahkan 22 mumia dari Muzium Mesir di Tahrir ke Muzium Tamadun Nasional Mesir di Fustat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Satu perarakan besar-besaran diadakan bagi memindahkan 22 mumia di Mesir semalam dan perkara itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan kononnya akan berlaku ‘sumpahan firaun’.    

Lapor Daily Star, mumia yang terdiri daripada 18 raja dan empat permaisuri itu dipindahkan dari Muzium Mesir di Tahrir ke Muzium Tamadun Nasional Mesir di Fustat menerusi acara yang digelar Perarakan Emas. 

Kesemua mumia yang berusia lebih 3,000 tahun itu diarak di sekitar bandar raya negara ini sejauh tujuh kilometer (km) ke tempat baharu. 

Dibawah kawalan keselamatan ketat, mumia itu diletakkan di dalam kapsul khas untuk perlindungan dan kemudian dimuatkan ke dalam lori yang dihiasi dengan sayap dan reka bentuk firaun bagi perjalanan selama sejam.   

 Lapor The Telegraph, meskipun perarakan itu disambut secara meriah dengan bunga api dan tembakan kehormatan, rata-rata penduduk di laman media sosial melahirkan rasa bimbang mengenai tindakan memindahkan mumia ke `rumah baharu’ boleh menyebabkan sumpahan firaun.

Mereka berpandangan bahawa ada kaitan antara perarakan dan beberapa bencana berlaku baru-baru ini. 

Sumpahan itu termasuk insiden di Terusan Suez, kemalangan maut melibatkan kereta api yang mengorbankan 20 orang di wilayah Sohad dan kejadian bangunan runtuh di sini, baru-baru ini.

Golongan pengguna media sosial turut memuat naik satu petikan peringatan yang ditemukan pada makam Tutankhamun yang berbunyi ‘mereka yang mengganggu ketenangan raja akan menghadapi kematian cepat’.  

Dilaporkan, Raja Ramses II yang memerintah dari 1279-1213 sebelum Masihi, merupakan antara mumia yang dipindahkan dalam perarakan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×