Empat suspek larikan wang RM360,966 masuk ke Malaysia sebagai pelajar - Utusan Malaysia

Empat suspek larikan wang RM360,966 masuk ke Malaysia sebagai pelajar

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Semakan polis terhadap empat warga asing yang ditahan selepas melarikan wang tunai RM360,966 milik seorang lelaki di Jalan Sulaiman 1, Ampang minggu lalu mendapati mereka masuk ke negara ini sebagai pelajar.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengesan baki wang yang belum ditemukan.

“Suspek terdiri tiga lelaki dan seorang wanita warga asing berusia antara 24 hingga 37 itu telah ditahan di Persiaran TRX dan Jalan Razak Mansion, Kuala Lumpur untuk disiasat,” katanya di sini.

Media semalam melaporkan polis menahan empat warga asing selepas disyaki melarikan wang tunai bernilai RM360,966 ketika urusan pembelian emas di Jalan Sultan Sulaiman 1, Ampang dekat sini, 24 Jun lalu.

Dalam kejadian pukul 4.20 petang itu, mangsa lelaki tempatan berusia 45 tahun memaklumkan dijemput seorang lelaki di pejabatnya untuk urusan pembelian emas.

Lelaki yang bekerja sebagai jurutera itu telah menaiki sebuah kereta jenis Toyota Vios dan duduk di sebelah suspek ketika kejadian.

Mangsa telah dibawa oleh suspek ke lokasi berkenaan sebelum memaklumkan akan membuat transaksi di kawasan pejabat suspek.

Selepas itu, suspek telah turun dari kereta dinaiki mereka untuk melihat bukti wang tunai sebanyak RM360,966 sebelum dia mengatakan mahu mengira wang dalam kenderaan itu.

Suspek meminta mangsa untuk berada di tempat duduk belakang bagi menyelia proses kiraan wang yang akan dibuat sebelum wang tunai itu diletakkan di ruangan kaki tempat duduk hadapan sebelum bergerak ke tempat duduk belakang.

Suspek kemudiannya secara tiba-tiba menarik beg dan melulu keluar dari kereta melarikan wang tunai dengan menaiki sebuah kereta jenis Honda City.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×