Bayi pertama di dunia ada tiga kemaluan  - Utusan Malaysia

Bayi pertama di dunia ada tiga kemaluan 

GAMBAR HIASAN -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IRAQ: Seorang bayi lelaki di negara ini dilaporkan mempunyai tiga alat kemaluan sekali gus merekodkan sebagai kecacatan pelik kali pertama berlaku di dunia.  

Daily Mail melaporkan, bagaimanapun, hanya satu alat kemaluan sahaja didapati berfungsi, manakala, dua lagi yang melekat pada batang zakar yang sebenar sepanjang dua sentimeter (cm) dan di bahagian bahawa skrotum sepanjang satu cm tidak berfungsi serta dibuang menerusi pembedahan. 

Menurut pakar perubatan di Mosul, kes itu dipercayai merupakan kejadian pertama melibatkan manusia yang dikenali sebagai triphallia apabila seorang manusia mempunyai tiga alat sulit berdasarkan laporan Jurnal Antarabangsa Kes Pembedahan. 

Jelasnya, kejadian itu hanya berlaku sekali dalam setiap lima ke enam juta bayi lelaki yang lahir dengan mempunyai alat kelamin lebih daripada satu, dengan 100 kes diphallia iaitu mempunyai dua alat kemaluan pernah direkodkan di seluruh dunia. 

Bayi lelaki itu merupakan bangsa Kurd dari Dahok dan berusia tiga bulan semasa kisahnya mula disiarkan kali pertama tahun lalu. 

Sebelum ini, pada 2015, satu kes dilaporkan di India menjadi tular, namun, pakar tidak dapat membuat pengesahan kerana kes itu tidak mempunyai rekod dalam jurnal perubatan. 

Sehingga kini, punca kejadian masih lagi misteri selepas pakar mengesahkan bayi itu tidak terdedah dengan sebarang unsur dadah semasa ibunya mengandung atau sejarah ahli keluarga yang mempunyai kelainan genetik. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×