Politeknik, kolej komuniti teras dalam pendidikan bidang TVET

Politeknik, kolej komuniti teras dalam pendidikan bidang TVET

Abdul Razak Sabtu (tiga belas dari kiri) bergambar bersama penerima APC di Shah Alam baru-baru ini. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) kini menjadi teras pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di Malaysia.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Mohd. Zahari Ismail berkata, POLYCC tidak hanya menyediakan kurikulum TVET yang didorong industri dan latihan berkualiti, tetapi sebagai landasan bagi masyarakat memilih TVET sebagai laluan utama ke arah pembangunan kerjaya yang mampan dan cemerlang.

“Dengan semangat dan tekad yang padu, POLYCC mampu menggapai tahap yang lebih tinggi sekali gus melahirkan generasi berkemahiran menyumbang kepada kemajuan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023 Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diadakan di Politeknik Sultan

Salahuddin di sini baru-baru ini. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pengarah Kanan (Kompetensi) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Abdul Razak Sabtu.

Sementara itu Pengarah PSA, Zainah Rujihan yang juga merupakan Pengerusi POLYCC Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan berkata, APC bukan semata-mata pengiktirafan pegawai yang telah menunjukkan komitmen dan dedikasi yang tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×