Peguam serah polis penyebaran video bedah siasat Zayn Rayyan

Peguam serah pada polis penyebaran video bedah siasat Zayn Rayyan

ZAYN RAYYAN
ZAYN RAYYAN ABDUL MATIIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya serahkan pada budi bicara pihak polis.”

Demikian kata peguam bela keluarga Zayn Rayyan Abdul Matiin, Fahmi Abd. Moin ketika dihubungi mengenai penyebaran gambar bedah siasat kanak-kanak autisme itu di aplikasi Telegram.

Ahad lalu, Polis Selangor membuka kertas siasatan berhubung penyebaran beberapa gambar yang didakwa mempunyai kaitan dengan siasatan kematian kanak-kanak autisme di media sosial.

Sementara itu, siasatan kes penyebaran gambar didakwa mayat Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di media sosial dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerusi pegawai penyiasat membuat laporan mengenai kes itu kelmarin selepas berlaku penyebaran beberapa gambar didakwa bahan bukti kes kanak-kanak berkenaan.

“Siasatan itu kini akan diambil alih oleh USJT Bukit Aman. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88),” katanya pada sidang akhbar, semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan tiga gambar keadaan Zayn Rayyan, 6, yang ditemui di anak sungai berhampiran kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai dimuat naik di Telegram selepas turut tular kertas siasatan pembunuhan di aplikasi sama sebelum ini.

Terdahulu. Hussein dilaporkan berkata, pihaknya sedang mengesan individu yang didakwa terbabit dalam penyebaran gambar didakwa bahan bukti kes itu.

Pada 13 Jun lalu, ibu bapa Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak ber­kenaan dengan cara kemungkinan menye­babkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak itu.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masing-ma­sing berusia 29 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh.

Mengikut pertuduhan, me­reka didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Ray­yan, 6, te­lah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecede­raan fizikal. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×