Suami sakit, isteri ambil upah mesin rumput sara keluarga

Suami sakit, isteri ambil upah mesin rumput sara keluarga

isteri
NOR Amirah Safiai (kanan) memikul tugas sebagai ketua keluarga selepas suami tidak dapat bekerja akibat sakit jantung di Kampung Kajang Sebidang, Tumpat, Kelantan semalam. – UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang isteri terpaksa mengambil upah mesin rumput bagi menyara keluarga selepas suaminya tidak boleh bekerja a­kibat penyakit jantung dan gout.

Nor Amirah Safiai, 31, berkata, dia mengambil alih tugas itu sejak tiga tahun lalu.

“Walaupun suami mendapat bantuan bulanan RM250, ia digunakan untuk membeli keperluan ubat-ubatan setiap bulan.

“Sejak suami (Abdullah Ab. Halim, 32) sakit, saya terpaksa melakukan pekerjaan tersebut bagi memastikan dapur rumah terus berasap,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kajang Sebidang, di sini kelmarin.

Nor Amirah memberitahu, dia mendapat upah RM50 untuk setiap pekerjaan yang dilakukannya namun pendapatannya tidak menentu.

Katanya, kebanyakan pekerjaan itu dilakukan di sekitar daerah ini dan Kota Bharu.

“Selain itu, saya dan suami akan turut mengambil upah mencuci masjid dan surau sebagai pendapatan tambahan. Selagi upaya, saya akan terus bekerja kerana tidak mahu menyusahkan orang lain,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin me­nghulurkan bantuan boleh berbuat demikian ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 03148020120359 (Nor Amirah Safiai) atau menghubunginya di talian 014-6679364. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×