OKU nyaris maut, leher dikelar penagih - Utusan Malaysia

OKU nyaris maut, leher dikelar penagih

SEORANG lelaki OKU dikejarkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang kerana mengalami kecederaan pada bahagian leher akibat dikelar seorang penagih dadah di Taman Kluang Barat, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) nyaris maut apabila lehernya dikelar penagih dadah di sebuah kedai runcit di Taman Kluang Barat, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, dalam kejadian pukul 1.50 petang semalam, mangsa yang berusia 32 tahun segera  dikejarkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk mendapatkan rawatan.

Susulan  kejadian itu, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 45 tahun pada pukul 6.15 petang, hari yang sama.

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan mengaku mengelar leher lelaki OKU tersebut menggunakan pisau lipat, namun belum diketahui sebab-sebabnya berbuat demikian. Semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah, manakala ujian saringan air kencing positif dadah jenis morfin,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dengan denda atau sebat atau  mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta membantu siasatan dengan menghubungi atau memaklumkannya di mana-mana balai polis berdekatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×