Saya sanggup buat percuma - Fiqrie Dahari intai peluang bantu rakyat Palestin

Saya sanggup buat percuma – Fiqrie Dahari intai penglibatan bantu rakyat Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyampai radio, Fiqrie Dahari menyuarakan kesediaan untuk berkolaborasi secara percuma dengan mana-mana pihak yang sedang menggerakkan usaha untuk menyalurkan sumbangan bagi membantu rakyat Palestin.

Katanya, kesediaan itu adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya sebagai manusia dan selebriti yang menolak penindasan terhadap rakyat negara itu.

“Saya sedia melibatkan diri secara percuma dengan mana-mana acara yang bertujuan untuk membantu rakyat Palestin.

“Sebenarnya hasrat ini sudah lama saya simpan. Bahkan saya ‘cemburu’ apabila ada rakan yang berpeluang terlibat dengan misi menyerahkan bantuan untuk saudara kita di sana.

“Ini sebahagian tanggungjawab kita. Sebagai manusia, kita kena terus bantu mereka di sana yang berdepan penindasan,” katanya selepas pelancaran cawangan Miniso di Pavilion Bukit Jalil, baru-baru ini.

Fiqrie merupakan satu-satunya pempengaruh yang dipilih syarikat dari China itu untuk mempromosikan cawangan berkenaan.

Bekas penyampai Hot FM itu dalam masa sama memaklumkan kini cukup teliti dan akan mengelak mempromosikan mana-mana jenama atau produk yang berkait rapat dengan Israel.

“Mungkin ada selebriti yang sebelum ini terpaksa meneruskan kerjasama dengan produk yang dikatakan ada kaitan dengan Israel disebabkan kontrak yang telah mereka persetujui.

“Pada saya, mereka seharusnya diberi ruang untuk perbetulkan keadaan, bukannya dikecam dan diboikot.

“Saya pula selepas ini akan lebih berhati-hati, dan memang akan elakkan kerjasama dengan mana-mana produk atau jenama berkaitan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×