Isu BlackRock: Wan Fayhsal tidak faham konsep majoriti-minoriti

Isu BlackRock: Pemuda PH sifatkan Wan Fayhsal tidak faham konsep majoriti-minoriti

AMMAR ATAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemuda Pakatan Harapan (PH) mendakwa Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tidak memahami konsep majoriti-minoriti dalam hal pegangan ekuiti korporat.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Harapan, Ammar Atan berkata, terdapat perbezaan pemilikan terus BlackRock dalam syarikat tersenarai tempatan dan pegangan tidak langsungnya dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) selepas penswastaan selesai.

“Hakikatnya, sama ada lima peratus atau 25 peratus pemilikan saham, ia tetap pegangan minoriti. Pemilik ekuiti minoriti tidak ada kuasa menentukan keputusan terakhir mana-mana syarikat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam konteks MAHB, kerajaan akan memiliki 70 peratus. Pegangan ekuiti (bakal) oleh Global Infrastructure Partners (GIP) adalah jauh lebih rendah. Undi 70 peratus kerajaan akan mengalahkan undi 25 peratus GIP.

“Paling penting, kerajaan akan terus memiliki golden share dalam MAHB. Bermakna kerajaan memiliki kuasa paling utama iaitu veto,” katanya dalam satu kenyataan.

Ammar berkata, PH menerima baik komitmen GIP yang telah dinyatakan secara terbuka baru-baru ini bahawa BlackRock tidak akan campur tangan dalam pengurusannya.

Selain itu, pengurusan semasa GIP akan mengekalkan kuasa penuh terhadap hala tujunya.

“Ketika ini, BlackRock belum menyelesaikan pembelian ekuitinya dalam GIP. Justeru, keputusan Khazanah Nasional bekerjasama dengan GIP tidaklah bersandarkan BlackRock,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini