Merakam aksi orang utan Semenggoh

Merakam aksi orang utan Semenggoh

KEDALAMAN gambar (depth of field) dan kesan telefoto lensa penting dalam fotogra hidupan liar, di mana lensa ini dengan bukaan besar mampu menghasilkan kedalaman gambar cetek dengan kesan bokeh yang menonjolkan subjek dari jarak jauh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“SETIAP kali saya keluar ke lapangan, saya menjumpai sesuatu yang baharu. Ia mengingatkan saya betapa sedikitnya yang kita tahu tentang dunia semula jadi dan betapa banyak yang masih perlu diterokai.” Petikan kata-kata jurugambar Frans Lanting (jurugambar NatGeo) ini membuatkan saya lebih teruja untuk terus merakam keindahan alam semula jadi melalui lensa kamera. 

Baru-baru ini saya berpeluang berkunjung ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh kira-kira 24 kilometer (km) dari Kuching. 

Pusat perlindungan ditubuhkan pada 1975 ini didedikasikan untuk melindungi spesis haiwan liar terancam, khususnya orang utan. 

Memuatkan artikel berkaitan…
KONTINUITI momen dalam fotografi hidupan liar adalah penting kerana ia membolehkan kita merakam perkembangan, interaksi atau tingkah laku subjek dalam alam semula jadi secara berterusan.

Mengabadikan momen indah orang utan dalam habitat semula jadi adalah sesuatu yang agak mencabar. 

Saya hanya ada sejam untuk merakam gambar. Kekangan masa ini memerlukan pemikiran yang cepat dan kemampuan menyesuaikan diri yang merupakan sifat penting bagi mana-mana jurugambar. 

Salah satu aspek paling mencabar dalam penggambaran ini adalah menangani keadaan pencahayaan. Ketika mula mengambil gambar, hujan mulai turun dan memaksa berhenti seketika menunggu keadaan menjadi lebih baik. 

Syukur, nasib menyebelahi saya dengan magis cahaya daripada belakang (backlight) menjelma. 

PENCAHAYAAN dari belakang menyerlahkan kontur subjek dan mencipta kesan dramatik cahaya rim untuk menimbulkan kesan detail pada subjek.

Walaubagaimanapun, perlu lebih berhati-hati dalam menetapkan tetapan dedahan untuk mendapatkan kesan cahaya rim di subjek untuk menambah drama pada gambar. 

Fotografi hidupan liar memerlukan peralatan sesuai untuk menangkap keindahan dan keunikannya. 

Di dalam penggambaran kali ini, saya berpeluang mencuba lensa Sony FE 70- 200mm F2.8 GM OSS. 

Lensa zoom menawarkan fleksibiliti dengan panjang fokus yang boleh diubah dan terkenal dengan ketajaman luar biasa, autofokus yang pantas, dan penstabil imej Optical SteadyShot (OSS) terbina di dalam, yang membantu mengurangkan kesan gegaran kamera. 

Bukaan besar f/2.8 membolehkan lebih banyak cahaya masuk, mengekalkan kelajuan bukatup, menghasilkan bokeh, dan menonjolkan subjek daripada latar belakang yang merimbun. 

MENGGUNAKAN teknik seperti kelajuan bukaan pantas dan fokus automatik yang tepat, serta kesabaran, adalah kunci dalam fotografi hidupan liar dalam menangkap momen yang baik.

Dengan lensa ini, saya dapat mengambil gambar haiwan dari jarak jauh tanpa mengganggu habitatnya. 

Fotografi hidupan liar memerlukan kesabaran dan ketekunan, tetapi hasilnya sentiasa berbaloi. 

Setiap saat di alam semula jadi menawarkan peluang unik untuk mencipta kenangan abadi melalui lensa kamera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini