PERSEMBAHAN kali pertama Pat Boonnitipat yang saya kenali adalah menerusi drama hit Thailand, Bad Genius pada tahun 2020.
Teruja rasanya sekali lagi melihat nama yang sama di poster lem genre slice of life iaitu How to Make Millions Before Grandma Dies (HTMMBGD).
Filem ini tidak hanya mencipta fenomena di Thailand, malah penonton Indonesia juga berkongsi reaksi positif naskhah ini. Saya tidak berfikir panjang, terus menempah tiket untuk tayangan sebelah malam.
Namun nyaris lewat memasuki panggung kerana meredah lalu lintas yang seganda lebih sesak akibat kemalangan jalan raya.
Filem dibuka di act pertama dengan premis yang kukuh, seorang nenek iaitu Amah disahkan menghidapi kanser dan hanya mempunyai beberapa hari sahaja untuk hidup.

Namun malangnya, berita sedih itu tidak menimbulkan perasaan sedih langsung kepada cucunya, M. Naskhah ini menceritakan bagaimana dua hati yang beku dan dingin antara M dan Amah boleh menjadi hangat dan memberi kesan yang membekas dalam kehidupan.
Konfliknya sederhana sahaja namun lem slice of life bagi saya tidak memerlukan hal yang rumit.
Tetapi pengolahan cerita dan bagaimana ia boleh mencetuskan rasa tanpa dipaksa-paksa. Apa yang membuat saya takjub dengan naskhah terbaharu Pat adalah bagaimana ceritanya cukup rencah daripada drama, marah, kecewa, sedih dan humor.
Suntingan lem ini juga menciptakan kelajuan yang diperlukan untuk menjelmakan adegan jenaka seperti M yang membelikan ikan buat Amah juga ketika dia memandikan neneknya yang sakit.
Bukan itu sahaja, dialog dalam lem ini juga tidak melebih-melebih sehingga kita terasa seperti disuruh menangis.
Saya berpendapat penguat filem ini datang daripada Usha Seamkhum sebagai Amah yang sangat hebat melakonkan keperitan, kesunyian dan kerinduan seorang nenek. Wajahnya mempunyai semua karakter itu.

LAPIS MAKNA DALAM KEMATIAN SEORANG NENEK
Saya melihat filem ini menunjukkan dilema yang sangat kuat dialami keluarga yang bergelut mengecilkan jurang sosioekonomi.
Dalam kesempitan hidup, kita seperti perlu memilih untuk mencari duit atau membantu ibu yang sakit.
Kita tidak ada keistimewaan untuk memilih kedua-dua itu. Bukan itu sahaja, saya melihat Pat selalu menghadirkan imej dan adegan kereta api dalam naskhahnya.
Saya intepretasikannya sebagai watak Amah dan M yang selalu bergerak menuju kepada takdir yang baru.
Di act ketiga filem ini, tanpa memberikan sebarang spoiler, saya menyukai bagaimana Pat kemas menyusun sebuah plot penutup yang membawa kita kembali kepada pembukaan cerita ini. M menabur bunga sambil lewa di atas kubur, seadanya, berharap Amah akan bangkit dari mati dan memarahinya.

Pada awalnya, saya kir, How to Make Millions Before Grandma Dies adalah cerita bagaimana seorang cucu ingin memberikan sejuta bath kepada neneknya.
Tapi rupanya ia menceritakan bagaimana seorang nenek yang pemurah berjaya mendapatkan sejuta bath untuk dirinya sendiri.
Secara jujurnya, di tengah ketegangan dunia yang semakin celaru, perang, harga barang naik dan pelbagai jenayah dilaporkan, filem seperti ini mengembalikan harapan, mengingatkan di tengah hura-hara dan kesakitan, akan selalu ada bahagia dari mata orang yang kita sayang.









