Laporan  siasatan: Keluarga Zayn Rayyan mahu buat laporan polis 

Laporan siasatan: Keluarga Zayn Rayyan mahu buat laporan polis 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keluarga kepada  Zayn Rayyan Abdul Matiin akan membuat laporan polis berhubung penyebaran didakwa fakta siasatan polis berkaitan kes  pembunuhan kanak-kanak itu di media sosial.

Peguam yang mewakili keluarga berkenaan, Fahmi Abd. Moin berkata, penyebaran maklumat tersebut  adalah fitnah jenayah.

“Pihak keluarga mempertimbangkan untuk membuat laporan polis berhubung penyebaran maklumat berkenaan.

“Penyebaran itu lebih kepada fitnah jenayah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain dilaporkan berkata, penyebaran maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya  adalah tindakan tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya akan menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC)  bagi menyekat penyebaran maklumat yang tidak sahih sehingga boleh mengganggu  perbicaraan kes kanak-kanak autisme itu.

 Semalam, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal. 

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, pada pukul 12 tengah hari, 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×