Jemaah haji Indonesia bawa batu dalam bagasi

Jemaah haji Indonesia bawa batu dalam bagasi

JEMAAH haji Indonesia.- GAMBAR hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Seorang jemaah haji dari Indonesia terpaksa melalui pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, gara-gara membawa batu kerikil untuk digunakan bagi tujuan melontar jamrah.

Jemaah itu dikesan membawa sejumlah batu kerikil di dalam bagasinya, mengakibatkan dia perlu melalui prosedur pemeriksaan keselamatan oleh petugas lapangan terbang.

Batu itu ditemukan selepas bagasi itu melalui mesin pengimbas bagasi X-Ray, sebelum petugas mengesyaki ada sesuatu yang mencurigakan.

Setelah bagasi dibongkar, ternyata barang yang dicurigai itu merupakan sejumlah batu yang dirancang untuk melontar jamrah.

Pengiring Haji dari Petugas Penyelenggara Ibadah Haji (PPIH) Arab Saudi, H Mulyono mengingatkan jemaah haji Indonesia yang berangkat ke Tanah Suci supaya tidak membawa batu di dalam bagasi atau beg.

“Jemaah tidak perlu membawa batu dari tanah air, kerana batu-batu tersebut sudah tersedia sangat banyak di Muzdalifah,” katanya.

Sebaliknya, Mulyono menyarankan jemaah lebih fokus untuk menyiapkan diri melaksanakan ibadah, seperti amalan dan bacaan harian.

Terdahulu, Ketua PPIH Arab Saudi Daker Bandara, Abdillah turut mengingatkan kerajaan Arab Saudi sangat bertegas dalam senarai barang bawaan penumpang penerbangan, khususnya jemaah haji kerana dibimbangi ada unsur syirik.

“Maka, hindari barang bawaan yang aneh dan menimbulkan kecurigaan,” kata Abdillah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×