Lebih 100 orang hilang tempat berteduh, 13 rumah hangus terbakar

Lebih 100 orang hilang tempat berteduh, 13 rumah hangus terbakar

KEBAKARAN di perkampungan atas air di Kampung Cenderamata Limbungan, Jalan Batu Sapi, di Sandakan semalam-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN: Lebih 100 orang tinggal sehelai sepinggang apabila 13 buah rumah di perkampungan atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Cenderamata Limbungan, Jalan Batu Sapi, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, 13 buah rumah musnah sepenuhnya namun tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 6.05 petang dan sepasukan 29 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 13 kilometer dari BBP Sandakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasukan bomba mengambil masa kira-kira lima jam untuk memadam sepenuhnya kebakaran di perkampungan atas air tersebut.

“Tindakan pantas mengawal api daripada merebak ke seluruh kawasan membolehkan pasukan bomba menyelamatkan 340 buah rumah lain daripada terbakar,” katanya dalam satu kenyataan.

Angkatan Pertahanan Awam selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan kesemua 111 orang daripada 20 buah keluarga yang terjejas akibat kebakaran tersebut kini ditempatkan di Dewan PPR Batu Sapi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini