Pasangan suami isteri terkandas di Mekah tiba di tanah air

Pasangan suami isteri terkandas di Mekah tiba di tanah air

PASANGAN suami isteri terkandas di Mekah tiba di tanah air ketika ditemui di KLIA. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: “Terima kasih PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) kerana bantu urusan pulang kami ke sini (tanah air).”

Itu reaksi ringkas pasangan suami isteri yang mahu dikenali sebagai Mohammad, 60, dan Ju, 58, ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) 2 pada pukul 7 petang tadi.

Mohammad dan Ju adalah pasangan suami isteri yang pernah dilaporkan akhbar ini selepas mereka dikatakan terkandas di Mekah akibat masalah berkaitan visa pelancongan untuk mengerjakan haji.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selepas sebulan terkandas di tanah suci, mereka akhirnya dapat pulang ke Malaysia hasil bantuan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah selain kos ditanggung sepenuhnya agensi pelancongan (TA) mereka.

Bagaimanapun, usaha wartawan bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu dihadapi pasangan itu tidak berjaya memandangkan kedua-duanya masih keletihan selain mengalami masalah kesihatan.

Anak perempuan pasangan itu, Ena, 33, ketika ditemui berkata, dia sekeluarga sangat lega dan bersyukur kerana akhirnya ibu bapanya dapat pulang ke tanah air.

“Sebelum ini, saya sekeluarga tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupan mereka ketika terkandas hampir sebulan di tanah suci itu.

“Mereka hidup dalam ketakutan dan tidak keluar dari bilik. Mereka hanya makan mi segera sahaja dalam bilik hotel. Malah, orang ketuk pintu pun mereka tak respon sebab mereka tidak ada pasport, tidak ada gelang, tidak ada apa-apa, sampai mereka kata rasa seperti pelarian,” katanya.

Katanya, ibu bapanya adalah antara 250 individu berlepas ke Jeddah pada 2 Mei lalu, selepas mendapat tajaan haji daripada TA tersebut.

Mengulas lanjut, Ena mendakwa ibu bapanya hanya diberi visa pelancong ketika berlepas dengan alasan rombongan itu akan menunaikan umrah terlebih dahulu, sebelum segala proses menunaikan haji diproses kemudian.

“Pihak TA kata kita terbang ke sana untuk umrah dulu, bila sampai sana baru kita akan uruskan permit haji ke visa haji. TA itu kata mereka ada rangkaian yang kuat dan kuota, sebab itu saya benarkan ibu bapa saya pergi,” katanya.

Sebelum ini, timbul beberapa isu antara pasangan suami isteri itu dengan TA berkenaan apabila pasport tidak dipulangkan bagi membolehkan mereka pulang ke tanah air.

Namun, selepas campur tangan oleh pihak konsulat, usaha membawa pulang pasangan itu sejak 10 hari lalu menemui jalan penyelesaian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini