16 maut serangan AS, Britain di Yemen

16 maut serangan AS, Britain di Yemen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANAA: Seramai 16 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 35 lagi cedera dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) dan Britain ke atas Yemen yang katakan sebagai usaha untuk merendahkan keupayaan serangan maritim pemberontak disokong Iran.

Kumpulan pemberontak Houthi menyasarkan perkapalan di sekitar Laut Merah dan Teluk Aden sejak November lalu sebagai solidariti dengan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Wartawan AFP turut melaporkan mendengar letupan kuat di ibu negara Sanaa dan bandar pelabuhan Hodeida sejak semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lapor televisyen Al-Masirah yang dikawal Houthi, serangan juga menyasarkan infrastruktur telekomunikasi di bandar Taez.

Jumlah korban yang dilaporkan oleh Al-Masirah menjadikan serangan itu antara yang paling maut sejak AS dan Britain melancarkan kempen pada Januari untuk mengatasi serangan Houthi di pantai Yemen.

Saluran itu turut menyiarkan video menunjukkan lelaki berlumuran darah yang cedera dalam serangan di bangunan radio Hodeida dan rakaman beberapa mangsa lain menerima rawatan di hospital.

Seorang pekerja hospital di Hodeida berkata, anggota kumpulan pemberontak adalah antara yang terbunuh dan cedera tetapi tidak dapat menyatakan angka yang tepat.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×