Perdana Menteri dijadual rasmi penutupan Pesta Kaamatan esok

Perdana Menteri dijadual rasmi penutupan Pesta Kaamatan esok

DEWAN Hongkod Koisaan, KDCA Penampang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan merasmikan majlis penutupan sambutan Pesta Kaamatan 2024 yang akan diadakan di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA). Penampang dekat sini esok

Majlis perasmian penutupan itu akan diadakan pada pukul 10 pagi dan selepas itu, Perdana Menteri akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kepayan di sini.

Beliau dijadualkan berangkat ke Wilayah Persekutuan Labuan bagi menghadiri sesi Santai Komuniti pada pukul 2.30 petang dan seterusnya mendengar taklimat mengenai Smart Labuan City di Wisma Perbadanan Labuan.

Ini adalah kali kedua, Perdana Menteri turut hadir bagi merasmikan penutupan Pesta Kaamatan atau pesta menuai.

Tanggal 31 Mei adalah tarikh kemuncak penutupan Pesta Kaamatan yang diadakan sepanjang bulan Mei, selama sebulan.

Pesta Kaamatan atau pesta menuai diraikan oleh masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) sebagai menghormati semangat padi yang memberikan tuaian yang baik kepada penduduk.

Pesta Kaamatan pada tahun ini bertemakan ‘Kaamatan, Melangkaui Keterjaminan Makanan’ atau dalam bahasa Kadzandusun ‘Kaamatan, Poingalib Kohimaganan Taakanon’.

Pada hari kemuncak sambutan Pesta Kaamatan, pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau Kaamatan akan turut diadakan.

Tahun ini, seramai 51 jelitawan dari suku kaum KDMR akan bersaing bagi meraih gelaran Unduk Ngadau Kaamatan 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×