VEP di sempadan Malaysia-Singapura dikuat kuasa 1 Oktober

Sistem VEP di sempadan Malaysia-Singapura dikuat kuasa 1 Oktober – Loke

ANTHONY Loke Siew Fook pada sidang akhbar penguatkuasaan peraturan permit kemasukan kenderaan motor asing (VEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura di Putrajaya, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menguatkuasakan Peraturan Permit Kemasukan Kenderaan Motor Asing (VEP) di sempadan darat Malaysia – Singapura mulai 1 Oktober depan.

Menterinya, Anthony Loke berkata, penguatkuasaan itu membabitkan pemilik kenderaan asing dari Singapura yang merentasi Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor serta Kompleks CIQ Bangunan Sultan Abu Bakar di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

Beliau berkata, kenderaan motor asing tanpa VEP boleh dianggap melakukan kesalahan selaras dengan Seksyen 66H (7), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan kompoun atau didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan mengikut Seksyen 119 (2) di bawah Akta 333.

“Selain itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai kuasa melarang mana-mana kenderaan asing yang tidak mempunyai VEP untuk masuk dan keluar dari negara ini,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, semua pemilik kenderaan motor asing dari republik itu dinasihat memperbaharui VEP yang akan tamat tempoh atau melengkapkan proses pendaftaran mendapatkan VEP bagi kenderaan mereka.

Loke berharap agar semua pemilik kenderaan motor asing segera mendaftar, memasang dan mengaktifkan tag RFID VEP bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa akan datang.

“Ketika ini, sekitar 70,000 kenderaan motor pendaftaran Singapura berdaftar dan mengaktifkan tag VEP berbanding lebih 200,000 kenderaan motor yang telah berdaftar namun, belum melengkapkan proses memasang dan mengaktifkan tag VEP masing-masing,” katanya.

Katanya, pelaksanaan pendaftaran VEP telah mula dilaksanakan sejak April 2019 namun, penguatkuasaan tidak dilaksanakan ketika itu atas beberapa masalah teknikal.

Jelasnya lagi, sudah tiba masanya sistem itu dikuatkuasakan bagi menjejaki kenderaan asing yang masuk dan keluar termasuk mengesan apa-apa saman trafik yang belum dijelaskan.

Ditanya apa sebab penguatkuasaan VEP tidak dilaksanakan lebih awal, Loke berkata, projek VEP ini pada awalnya berdepan masalah teknikal dan pernah dibangkitkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Katanya, MOT tidak menguatkuasakan sistem itu pada awalnya kerana bimbang berlaku kesesakan di sempadan memandangkan proses pendaftaran VEP perlu dibuat di Malaysia (Johor Bahru).

“Kita bimbang jika kuatkuasakan ketika itu (2019 – 2020), kita bimbang banyak kenderaan akan sangkut (kesesakan) ketika mahu mendaftarkan sistem itu.

“Selepas itu, ia tidak dikuatkuasakan kerana pandemik Covid-19 disebabkan laluan sempadan ditutup. Justeru, sistem itu perlu dilaksanakan segera jika tidak ia akan jadi ‘gajah putih’,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN