Mekah jalani program pembenihan awan baharu

Mekah jalani program pembenihan awan baharu

SEORANG jemaah haji memegang payung selepas menunaikan solat di Masjidil Haram di kota suci Mekah.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Mekah dan beberapa lokasi di tanah suci akan diberi keutamaan semasa melaksanakan program teknologi baharu pembenihan awan di Arab Saudi.

Jurucakap Program Pembenihan Awan Serantau Arab Saudi berkata, Jabatan Pemulihan Cuaca sedang bekerja di bawah pengawasan pakar untuk memperbaiki keadaan cuaca di kawasan sasaran, termasuk kota Mekah dan tapak suci Mina, Arafat serta Muzdalifah.

“Program itu dijalankan dengan kerjasama dan bantuan pusat penyelidikan serta universiti antarabangsa yang pakar dalam bidang ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Program ini juga mendapat perhatian dan perbincangan mendalam Pusat Meteorologi Kebangsaan dan Penyelia Am Program Pembenihan Awan Serantau,” katanya.

Program tersebut dilaporkan menggunakan teknik baharu pembenihan awan seperti penjana tanah yang akan berfungsi untuk merangsang awan dari ketinggian dan bukan melalui kapal terbang.

Badan yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan program itu akan membentangkan kajian dan penyelidikan mereka pada persidangan antarabangsa bagi menyerlahkan kejayaan Arab Saudi melalui Program Pembenihan Awan Serantau.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini