Kumpulan Hamas, rakan sekutu Iran berbincang isu Gaza di

Kumpulan Hamas, rakan sekutu Iran berbincang isu Gaza di Tehran

GAMBAR menunjukkan Ayatollah Ali Khamenei (kanan) dan Naib Presiden Iran, Mohammad Mokhber bertindak sebagai Presiden Iran sementara (kiri), bertemu dengan Ketua Kumpulan Hamas, Ismail Haniyeh , di Tehran, semalam. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN: Pemimpin-pemimpin paksi penentangan termasuk Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh membincangkan perihal perang di Gaza sewaktu pertemuan di Tehran, di luar majlis pengebumian Presiden Iran, Ebrahim Raisi.

Paksi penentangan ini menyatukan sekutu-sekutu serantau Iran dalam memerangi Israel termasuk gerakan Palestin Hamas, Hezbollah Lebanon, Houthi Yemen dan kumpulan bersenjata Syiah Iraq.

Pemimpin pergerakan ini bertemu selepas menghadiri upacara pengebumian yang dianjurkan di Tehran bagi memberi penghormatan kepada Ebrahim yang meninggal dunia pada Ahad lalu dalam nahas helikopter di barat laut Iran.

Mesyuarat itu dihadiri oleh Ismail serta Timbalan Hezbollah, Naim Qassem dan Jurucakap Houthi, Mohammed Abdulsalam.

Ismail juga sebelum ini mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Pegawai-pegawai Iran termasuk Jeneral Hossein Salami, Komander Kor Pengawal Revolusi Islam serta Jeneral Esmail Qaani, Komander Pasukan Quds dan cawangan operasi asing pengawal.

Mereka membincangkan keadaan politik, sosial dan ketenteraan terkini di Gaza dan operasi Banjir Al-Aqsa dan peranan barisan penentangan,” lapor penyiar negara, IRIB.

Menurut IRIB, pertemuan itu dilaporkan menekankan penerusan jihad dan perjuangan sehingga kemenangan penuh penentangan Palestin di Gaza dengan penyertaan semua kumpulan dan barisan penentangan di rantau ini.

Saluran Al-Manar Hezbollah juga melaporkan pertemuan itu dan menyiarkan gambar.

Agensi berita, Iran Fars berkata wakil Jihad Islam Palestin, Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin dan kumpulan Iraq turut hadir pada pertemuan itu.

Sejak bermulanya perang di Gaza pada 7 Oktober lalu, Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian yang turut terkorban dalam nahas helikopter Ahad lalu pernah meningkatkan perjalanannya ke wilayah itu, khususnya ke Lebanon dan Syria.

Iran adalah penyokong utama Hamas, tetapi berulang kali menafikan penglibatan dalam serangan kumpulan Palestin pada 7 Oktober lalu ke atas Israel. -AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×