Rumah pemain  pertahanan Selangor FC pula dipecah masuk

Rumah pemain  pertahanan Selangor FC pula dipecah masuk

Ahmad Khuzaimi Piee
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rumah pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee didakwa dipecah masuk  individu tidak dikenali di Shah Alam dekat sini, semalam. 

Menerusi laporan polis yang dimuat naik di Instagram miliknya, kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika Ahmad Khuzaimi   menjalani latihan bola sepak pada pukul 2 petang. 

Bagaimanapun, menurutnya, apabila Ahmad Khuzaimi pulang ke rumah pada 9 malam, dia mendapati pintu pagar depan rumahnya  dan belakang  terbuka.

“Setelah membuat pemeriksaan, terdapat barang-barang berharga  hilang antaranya sebuah motosikal jenis Yamaha Y15, beg silang pelbagai jenama beserta paspot,” katanya. 

Susulan itu, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada pukul 11.30 malam, hari yang sama.

Bagaimanapun, kerugian sebenar Ahmad Khuzaimi atau lebih dikenali sebagai Jimmy belum  tidak dapat dipastikan.

Sementara itu, difahamkan polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian terbabit.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×